Sporty Magazine official website | Members area : Register | Sign in

Sponsors

Recent comments

Followers

Recent comments

fefew

Recent comments

Penjenamaan semula Kelab Pengguna Sekolah

Sabtu, 30 Oktober 2010

MUAR 30 Okt. – Program penjenamaan semula Kelab Pengguna Sekolah dijangka dapat melahirkan kumpulan pengguna baru yang boleh melindungi hak diri sendiri tanpa perlu bergantung kepada campur tangan kerajaan dalam setiap isu kepenggunaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, matlamat itu boleh dicapai kerana program itu akan mendedahkan pelajar terhadap isu kepenggunaan pada usia muda dan membimbing mereka menjadi generasi pengguna yang bijak.

“Sasaran kementerian adalah untuk melahirkan pengguna yang mampu berdikari dan melindungi kepentingan mereka sendiri.

“Sebab kalau kita lihat hari ini, segala masalah mereka (berkaitan hak pengguna), semuanya mengharapkan tindakan kerajaan dan pengguna seolah-olah tidak tahu lagi bagaimana untuk melindungi diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pelancaran Program Penjenamaan Semula Kelab Pengguna Sekolah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Muar, di sini hari ini.


Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

CERAMAH PENDIDIKAN PENGGUNA

Rabu, 20 Oktober 2010



OBJEKTIF PROGRAM:
-Membina rangkaian dan jaringan Kelab
Pengguna IPT yang lebih besar dan berkesan
dari segi tindakan terhadap isu-isu semasa
kepenggunaan.
-Menggalakkan penubuhan Kelab Pengguna IPT
di Pusat Pengajian Tinggi seluruh Malaysia
dan mewujudkan kesedaran kepenggunaan
di kalangan penuntut pengajian tinggi.
-Menggalakkan perancangan & pelaksanaan
aktiviti-aktiviti kepenggunaan terutama
aktiviti yang selari dengan kempen
kepenggunaan di IPTA / IPTS.
-Melahirkan kumpulan pemangkin di kalangan
penuntut IPTA / IPTS untuk menjalankan
aktiviti kepenggunaan.
-Melahirkan komuniti yang menyokong matlamat
dan dasar kerajaan tentang aspek
kepenggunaan.
-Memupuk semangat berpasukan dan bersatu
padu dikalangan ahli kelab dan menyuarakan
pendapat di dalam aspek kepenggunaan.



ATURCARA
CERAMAH kepenggunaan KELAB PENGGUNA IPGKTAR

Masa Perkara
08.00 - 08.30 Pendaftaran Peserta / Minum Pagi.

08.30 - 09.30 Ceramah 1:
‘KUASA PENGGUNA: 1 PENGGUNA 1 SUARA’
Penceramah: Puan Zaliha Senusi.
Seksyen Kepenggunaan PPDNKK Sarawak.

09.30 - 1030 Ceramah 2:
Undang-undang Yang Dikuatkuasakan
Oleh KPDNKK.
Penceramah: Seksyen Penguatkuasa
PPDNKK Sarawak.

10.30 - 11.00 Rehat.

11.00 - 12.00 Ceramah 3:
Peranan Tribunal Tuntutan Pengguna.
Penceramah: Puan Mastikawaty.
Seksyen TTPM PPDNKK Sarawak.

12.00 Ketibaan Para Jemputan.

Bacaan Doa.

Ucapan Ketua Jabatan Kajian Sosial IPGKTAR.

Ucapan Penasihat Kelab Pengguna IPGKTAR.

Sesi Penyampaian Cenderahati.

Sesi Penyerahan Cek kepada Kelab Pengguna
IPGKTAR.

Makan Tengahari.

Bersurai.

KEAHLIAN MASIH DIBUKA

Selasa, 12 Oktober 2010

Keahlian masih dibuka kepada guru-guru pelatih IPGKTAR kecuali KPLI sehingga 15/10/2010. Sekian, harap maklum.


(Pengerusi Kelab Pengguna IPGKTAR)

MESYUARAT PERTAMA KELAB PENGGUNA IPGKTAR

Isnin, 4 Oktober 2010

Mesyuarat pertama Kelab Pengguna Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak diadakan bagi pembentukan jawatankuasa tetap kelab. Maklumat lanjut adalah seperti dibawa :

Tarikh : 08 Oktober 2010
Masa : 2.30 petang
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Sadong Jaya
Kehadiran : Penasihat 1-Encik Chai Kim Shin
Penasihat 2- Encik Mazlan bin Haji Junaidi

Categories